21hb Ogos 2009
Sehari sebelum Ramadhan 2009
5.34 petang, “Tit!”, bunyi mesin punch card. Aku keluar dari pejabat seorang diri. Esok dah puasa, teringat family di kg, ada rasa pelik dalam hati, ada rasa sayu samada sebab akan menyambut ramadhan jauh dari family atau rasa sunyi tanpa teman yang memahami perasaan aku ini. Dulu-dulu, masa belajar, ada teman-teman senasib berkongsi cerita tentang kerinduan suasana ramadhan bersama yg tersayang. Malas nak melayan perasaan bukan-bukan, aku ‘on’ radio, Fly fm. Layan lagu lagi best..
Dalam kepala, teringat minyak kereta sudah sampai ke level ‘E’, halakan kereta menuju ke Shell di presint 8. Sampai di Shell, kereta berderet tunggu ‘turn’ nak isi minyak. Malas nak menunggu, aku teruskan perjalanan menuju ke Petronas di Presint 11. Aku pk, kat sane xsesak n nanti aku leh mengada-ngada suruh bangla isikan minyak. Tiba di Presint 10, tiba-tiba enjin kereta mati, hanya beberapa meter dari rumah rasmi PM. Aku cuba hidupkan enjin kereta, mcm nak paksa kereta itu bergerak semula, walau realitinya aku tahu usaha tu sia-sia sahaja. “Bodoh!” jerit dalam hati. Baru rasa cam menyesal xsinggah kat shell tadi. Aku tekan punat lampu emergency, xde sebuah kereta pun nak berhenti memberikan bantuan. Aku amek hp dalam hbag, tekan butang2 ’search’ no fon. Tp aku tak tau nak call sape. Mula2 nak call abg aku, tp xjadi sebab aku rasa dia kat kg, pasal kakak ipar aku baru bersalin. Pastu, teringat kat dua org ‘klik’ kat opis, seorg teman perempuan dan seorang teman lelaki. Aku xcall teman perempuan tp aku call teman lelaki, sebab aku rasa teman perempuan sure xmampu membantu, byk ckp boleh la kot. Teringat pengalaman aku menunggu dia hampir satu jam dekat Putrajaya central beberapa bulan yg lalu, sejak hari tu, aku jadi serik nak minta pertolongan dia lagi. Aku call si teman yg lelaki itu. Dia pun xdpt bantu aku pastu siap suruh aku minta tolong orang lain. Masa ni lah aku terpk, masa dia susah, kitalah kawan, masa kita susah, suruh minta tolong org lain… hurm..sedihnya..
Kemudian, tak ada pilihan, aku teringat teman satu team di pejabat, Ila dan Mai. Dua-dua tak dapat dihubungi. Line celcom wat hal plak.. uwwaa.. Pastu, last choice, teringat teman serumah aku yg suka menyendiri, sebenarnya aku pn xyakin dia pun akan membantu aku, tapi xpelah,aku harus mencuba, call xdpt, aku hantar sms, minta bantuan. Dia balas, dah xde org lain ke nak tolong? sy tengah on call, xleh tinggalkan keje lah. Ari tu cakap dah xde on call, tup2 bila aku minta tolong, bg alasan tgh on call..Terdetik gak di hati, alasan je tu.. tp xpe, aku tenangkan hati je, pk positif, mungkin betul tgh on call.
Last, aku bertekad, nak tahan je mana-mana kereta yg lalu. Dalam beberapa minit, lalu 3 buah kereta, 1 kancil, 2 myvi, semua pemandunya perempuan, aku cuba menahan kereta-kereta tu, tapi 3-3 tak berhenti. Uwwaa.. pastu, ada kereta keempat lalu, aku cume berdiri di tepi kereta sambil wat muka kesian, tiba-tiba myvi color biru tu buat u-turn dan berhenti di belakang kereta ku. Seorang ibu bersama empat anak. Dia bertanyakan masalahku dan tanya mana suami, suami kerja jauh ke.. tersentak seketika, aku jawab, ’saya tak kawin lagi kak’. Ingatkan problem selesai tp Kakak myvi biru tu ckp, dia boleh bawa aku ke Petronas di presint 10, tapi untuk kembali ke kereta aku, dia kene hantar anak-anak dia balik rumah dahulu dan kemudian patah balik amek aku di Petronas. Adoii.. camne ni.. dalam hati aku beristighfar byk2.. minta2 dapat berfikir dengan tenang.
Di Petronas Presint 10, kebetulan sebuah kereta peronda polis singgah. Disebabkan xmahu menyusahkan kakak myvi biru tu, aku nekad minta tolong polis peronda tu. Alhamdulillah, akhirnya masalah aku selesai. Pakcik polis tu ckp ok, pastu dia wat report kat balai pasal kereta aku yg tersadai dekat Presint 10. Pelanggan2 yang datang isi minyak pandang-pandang ke arah aku. Muka dah rasa cam tebal seinci. Walaucamne pun, aku buat muka cool jelah sambil lipat lengan baju kemeja yg dipakai.Baju dah basah lencun dengan peluh. Mesti ada bau… errk..
Sampai di tempat kereta aku tersadai, abg polis tolong isikan minyak ke dalam tangki dan selang beberapa minit, sebuah lagi kereta peronda polis tiba. Huh! dah mcm aku buat salah la plak bila dua peronda polis ‘parking’ di belakang kereta aku. Hurm.. maluuuuuuuuuuuu..